-

Majlis Iftar

iftar

 

Panitia Agama Islam SK Alor Pongsu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SKAP yang telah sama-sama menjayakan majlis Iftar 2013 yang telah diadakan pada 24 Julai 2013 yang lalu. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sumbangan terutama kepada cikgu Roslan dan Isteri yang telah menyumbangkan seekor kambing untuk kenduri aqiqah.

Portal e-Guru

eguru

Mulai 10 April 2013, portal eGuru KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-Guru dapat diakses secara atas talian dengan melayari URL:pnp.moe.gov.my/eguru. Video e-Guru adalah video pembelajaran dan pengajaran PdP berlandaskan standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-Guru menunjukkan dengan jelas pelbagai kmahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi penambah baik PdP guru.

JOHAN PIDATO DAERAH

pidato web

Sekalung tahniah kepada Nur Amirah Husna dari kelas 4 Arif kerana telah menjadi johan dalam pertandingan pidato peringkat Daerah Kerian yang telah diadakan pada 1 Julai 2013. Sebelum ini Nur Amirah telah menjadi johan dalam pertandingan yang sama peringkat kelompok 3. Terima kasih dan syabas kepada Pn. Zaitun dan En. Rosli yang membimbing dan melatih murid ini hingga begelar juara. Sama-sama kita doakan supaya kejuaraan ini dikekalkan ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Ipoh pada 6 Julai 2013.

SKAP JOHAN Pidato Piala Diraja

pidato

IMG_3927 IMG_3928

 

 

 

 

 

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada pemidato dari SK Alor Pongsu iaitu Nur Amirah Husna Ahmad Faisal kerana telah meraih tempat pertama dalam pertandingan pidato peringkat kelompok 3 yang diadakan pada 19/6/2013. Tahniah juga kepada guru yang melatih pemidato ini hingga menjadi juara. Tahniah juga kepada JK kerja yang berusaha memastikan perjalanan pertandingan ini berjalan dengan lancar.

Tahniah Penerima APC

Warga SKAP mengucapkan tahniah kepada 6 orang warga SKAP yang telah dianugerahi Perkhidmatan Cemerlang atas kesungguhan, komitmen dan mutu kerja yang ditunjukan sepanjang tahun 2012 yang lalu. Kepada warga SKAP yang lain teruskan usaha anda dan sama-sama kita memajukan diri dan meningkatkan mertabat SK Alor Pongsu.

Tahniah Kepada :

1. Pn. Rohaini bt Abdul Rahman

2. Pn. Anis Oweeda bt Ismail

3. En. Nazari b Noordin

4. Pn. Hasliza bt Salahuddin

5. Pn. Nur Afni Haniza bt Shahidan

6. En. Mohd. Azlan b Ismail

Al-Fatihah

al fatihah

Salam takziah diucapkan kepada cikgu Nor Hidayah bt Said dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta pada 9 Jun 2013. kami semua doakan semoga Allah tempatkan bersama-sama orang yang soleh. Kepada cikgu Norhidayah, bersabarlah menghadapi ketentuan Ilahi ini.